Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera..
Sedikit perkongsian info kepada mereka yang bakal menjadi bekas pelajar atau lebih hebat jika disebut sebagai ALUMNI.
Beberapa definisi yang perlu anda tahu dan soalan yang selalu ditanya.
1. Siapa ALUMNI?
Jawapan : Alumni adalah mereka yang telah berjaya menamatkan satu kursus dari mana-mana ALMA MATER yang berkenaan.
2. Apa itu ALMA MATER?
Jawapan : Alma Mater ialah gelaran bagi institusi dimana ALUMNI berkenaan berasal. Contohnya sekolah, kolej, universiti dan sebagainya.
3. Apa itu PERSATUAN ALUMNI?
Jawapan : Persatuan Alumni ialah satu persatuan yang disertai oleh alumni. Persatuan ini berfingsi untuk mengekalkan hubungan sesama ahli persatuan tanpa mengira tahun graduasi. Menjaga kebajikan serta platform untuk alumni berbakti kepada Alma Mater.
4. Adakah semua ALUMNI merupakan AHLI PERSATUAN ALUMNI?
Jawapan : Tidak. Persatuan Alumni sama seperti persatuan lain. Keahlian Persatuan Alumni bukan secara automatik selepas menjadi Alumni. Sama seperti mana-mana persatuan, perdaftaran sebagai ahli merupakan syarat utama untuk menjadi ahli.
5. Adakah ianya WAJIB untuk setiap ALUMNI mendaftar sebagai AHLI PERSATUAN ALUMNI?
Jawapan : Tidak. Bergantung kepada kerelaan alumni itu sendiri. Tetapi amat-amat dialukan penyertaan anda sebagai ahli kerana tidak ada kerugian kepada anda jika mendaftar sebagai ahli.
6. Apa yang akan saya dapat jika saya mendaftar?
Jawapan : Sebagai ahli, anda layak untuk menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni. Dan yang paling penting rangkaian anda dan alumni-alumni serta maklumat berkenaan Alma Mater anda tidak terhenti begitu sahaja.
[P/S : Mari sertai PERSATUAN ALUMNI tapi selepas bergraduasi la.]




