Ada apa dengan ALUMNI?

Tags

, , , ,

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera..

Sedikit perkongsian info kepada mereka yang bakal menjadi bekas pelajar atau lebih hebat  jika disebut sebagai ALUMNI.

Beberapa definisi yang perlu anda tahu dan soalan yang selalu ditanya.

1. Siapa ALUMNI?

Jawapan : Alumni adalah mereka yang telah berjaya menamatkan satu kursus dari mana-mana ALMA MATER yang berkenaan.

2. Apa itu ALMA MATER?

Jawapan : Alma Mater ialah gelaran bagi institusi dimana ALUMNI berkenaan berasal. Contohnya sekolah, kolej, universiti dan sebagainya.

3. Apa itu PERSATUAN ALUMNI?

Jawapan : Persatuan Alumni ialah satu persatuan yang disertai oleh alumni. Persatuan ini berfingsi untuk mengekalkan hubungan sesama ahli persatuan tanpa mengira tahun graduasi. Menjaga kebajikan serta platform untuk alumni berbakti kepada Alma Mater.

4. Adakah semua ALUMNI merupakan AHLI PERSATUAN ALUMNI?

Jawapan : Tidak. Persatuan Alumni sama seperti persatuan lain. Keahlian Persatuan Alumni bukan secara automatik selepas menjadi Alumni. Sama seperti mana-mana persatuan, perdaftaran sebagai ahli merupakan syarat utama untuk menjadi ahli.

5. Adakah ianya WAJIB untuk setiap ALUMNI mendaftar sebagai AHLI PERSATUAN ALUMNI?

Jawapan : Tidak. Bergantung kepada kerelaan alumni itu sendiri. Tetapi amat-amat dialukan penyertaan anda sebagai ahli kerana tidak ada kerugian kepada anda jika mendaftar sebagai ahli.

6. Apa yang akan saya dapat jika saya mendaftar?

Jawapan : Sebagai ahli, anda layak untuk menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni. Dan yang paling penting rangkaian anda dan alumni-alumni serta maklumat berkenaan Alma Mater anda tidak terhenti begitu sahaja.

[P/S :  Mari sertai PERSATUAN ALUMNI tapi selepas bergraduasi la.]

UNTITLED

SEMESTER KHAS DAH MULA!

SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN PSM II KAWAN2!!

DAN SELAMAT MENGHADIRI KELAS KEPADA YANG MENGAMBIL KELAS.

INI ADALAH PENGAKHIRAN KEPADA PERMULAAN YANG LEBIH BESAR!

KEHIDUPAN SELEPAS ZAMAN IJAZAH SARJANA MUDA.

PEKERJAAN.

KELUARGA.

DAN MACAM-MACAM LAGI.

HARGAILAH MASA YANG BERBAKI UNTUK KITA MENGHARGAI ORANG LAIN.

(P/S: ADA SATU CADANGAN PROGRAM SANTAI BERSAMA PENSIHAT AKADEMIK DAN KETUA JABATAN MEDIA INTERAKTIF YANG BARU..TUNGGU DAN LIHAT..SEGALA PERKEMBANGAN AKAN DIWAR-WARKAN DISINI)

F.I.R.D.A.U.S

An Announcement :: TAHNIAH!!!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera…

Satu pengumuman yang diamanahkan kepada FIRDAUS kepada semua..

Jemputan ke majlis perkahwinan salah seorang rakan kita seperti dibawah:

Dalila bt Mhd Daud menjemput semua kenalan sekelas untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau pada tanggal

Sabtu, 30 Mei 2009 ( 5 Jamadilakhir 1430Hijrah)

di alamat;

28 A, Jalan Bunga, Kampung Tengku Hussien Baru, 30020 Ipoh, Perak.

Ikan dilaut asam didarat,

dalam periuk bertemu jua,

Janji terpaut hati terpikat,

atas pelamin bertemu jua.

Tahniah diucapkan kepada pihak pengantin daripada FIRDAUS. Semoga kekal bahagia ke anak cucu. Amin. Kepada yang semua, anda dijemput bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

…2 perkataan…

~TERIMA KASIH~

kepada semua yang hadir ke Dinner BITM 2009 pada malam semalam.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Jawatankuasa yang bertungkus-lumus memastikan acara ini berjalan. Tanpa anda majlis ini tidak akan menjadi realiti.

Kepada semua, anda memang sporting! semoga memori yang terlakar semalam membawa seribu erti kepada anda.

dan daripada FIRDAUS,

terima kasih kepada teman-teman yang sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar sepanjang perjalan bergelar seorang pelajar dan rakan kelas anda.

sekali lagi…

~TERIMA KASIH~

(p/s: kepada pengumpul-pengumpul gambar dinner, kalau boleh kongsi-kongsi la ye..:D)

::AN ANNOUCEMENT!::

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera!


Kepada sesiapa yang

berkenderaan sendiri dan menaiki kenderaan selain bas

ke majlis makan malam, sila inform kepada FIRDAUS segera!

Untuk yang berkereta,

sila beri nombor pendaftaran kereta anda

kepada FIRDAUS juga..:D

Bas disediakan pada jam 6.00 petang waktu Malaysia di Pangsapuri

Majlis akan bermula jam 8.30 malam

di Bilik Bendahara, Hotel Renaissance, MELAKA.

Sila confirmkan kehadiran kepada yang berkenaan. TQ!

FIRDAUS

[KEMASKINI] Berita DINNER BITM 2009

Tags

, ,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…

Tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang majlis makan malam yang telah dirancang dan dijalankan dalam kesibukan peperiksaan akhir semester serta pembentangan PSM1. Walaubagaimanapun beberapa persiapan pengisian memerlukan bantuan anda semua. Antaranya:

——————–

SEBELUM MAJLIS

MONTAJ : kepada sesiapa yang belum memberikan gambar mereka kepada AJK, sila berbuat demikian sebelum hari Jumaat ni jam 10 malam. Kerana seperti yang telah anda sedia maklum proses pembikinan montaj memang memerlukan masa yang panjang.

HIASAN TEMPAT : kami memerlukan bantuan tenaga daripada anda bagi menghias tempat majlis kerana masa untuk menghias sungguh terhad.

PERSEMBAHAN : kepada yang masih lagi ingin menymbangkan bakat mereka untuk membuat persembahan, peluang masih dibuka. Tidak terhad kepada nyanyian sahaja.

SEJURUS SEBELUM MAJLIS

KEHADIRAN : Pastikan anda hadir awal. Kalau boleh lepas Maghrib dah sampai. Semangat2!!

UNDI : Anda diminta untuk mengisi kertas undian untuk kategori2 yang disediakan. Undilah untuk mereka yang anda rasa layak.

——————–

Beberapa peringatan:

BAS dari pangsapuri pukul 6 petang 4 Mei 2009 bagi mengelakkan kelambatan. Kepada yang muslim, dinasihatkan supaya berwudhu’ terlebih dahulu.

Terima kasih kerana menjadikan ini satu realiti.. HIDUP BITM!!!

FIRDAUS

Maafkan daku~

Tags

, , , ,

Assalamualaikum wbt and Salam Sejahtera.

Pejam celik-pejam celik akhirnya tibalah kita semua di satu tempoh yang hadirnya dinanti dan perginya dirai. Perkara tersebut ialah ‘Final Examinations’ atau dalam bahasa melayu mudah peperiksaan akhir tahun. Apa yang saya maksudkan dengan frasa ‘hadirnya dinanti dan perginya dirai’ ialah, kebanyakan dari kita memang ternanti-nantikan kehadiran waktu ini atas sebab-musabab yang tersendiri dan apabila tamatnya tempoh ini merupakan satu tempoh ‘merdeka’ yang agak pendek tapi bermakna. Ada yang sudah sedia merancang percutian, ‘gathering’ kawan-kawan lama dan mungkin ada yang lebih selesa tidak melakukan apa-apa kerana telah berhempas-pulas sepanjang semester.

Walau apa pun yang telah atau bakal dirancang itu adalah hak mutlak individu tersebut masing-masing. Seperti dalam hadith Rasulullah dan biasa kita dengar berkaitan mensyukuri dan mempergunakan sebaik mungkin 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, antara lainnya bermaksud:

  1. masa mudamu sebelum tua
  2. masa sihatmu sebelum sakit
  3. masa lapangmu sebelum sibuk
  4. masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan
  5. masa hidupmu sebelum mati

Sebagai manusia, kita tidak pernah terlepas dari perkara-perkara yang membuatkan kita lupa, lalai dan alpa. Perkara-perkara tersebut sebenarnya bukanlah satu perkara yang wajib dilalui kerana sebelumnya adalah pilihan daripada kita sendiri sama ada mahu atau tidak. Tetapi sebagai manusia juga kita tidaklah begitu sempurna dalam membuat pilihan, kerana akan bertembung dengan situasi dimana keadaanya seperti pepatah melayu lama, ‘di luah mati bapa, ditelan mati ibu’. Dan bila tiba keadaan begini haruslah kita memilih yang impak atau kesannya paling sedikit negatif antara pilihan yang ada kerana pilihan dan pertimbangan ditangan anda. Buatlah dengan baik.

Berbalik semula kepada peperiksaan akhir yang bakal diharungi. Selamat berjaya diucapkan kepada semua. Semoga keberkatan peperiksaan yang akan anda hadapi ini membawa ke masa depan kerjaya yang lebih baik. Bagi mereka yang akan dinilai Projek Sarjana Mudanya pula, ucapan yang sama ditujukan dan semogan semuanya berjalan dengan lancar atas izin yang Maha Kuasa.

Akhir kata dari saya, andaikata sepanjang tahun sebelum ini saya ada membuat kesilapan melalui tutur kata mahupun tingkah laku, sengaja atau tidak, maaf dipinta dari hujung rambut ke hujung kaki. Jika ada termakan atau terminum, minta dihalalkan moga dipermudah dan dilapangkan hati semasa menjawab peperiksaan nanti. Selamat bermaaf-maafan…dan Good Luck!!

Wallahu’alam..

retrieved5nov08-015

Belajar terus belajar ..(maaf tak ada model lain la..hehe)

Anugerah Bintang BITM!!!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera~

trophy

Bintang?

Untuk pengisian pada malam tersebut, beberapa acara telah di cadangkan. Antaranya persembahan pelajar, persembahan pensyarah dan lain-lain. Salah satu acara yang akan diselitkan sekali ialah Anugerah Bintang BITM (nama ni belum confirm lagik..saja je nak letak..hehe). 5 kategori akan dipertandingkan dan 5 kategori ini memerlukan nama dan idea dari anda.

Jika anda mempunyai idea bernas, sila sumbangkan kepada kami. Nama-nama bagi kategori tersebut hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur ganas, seram atau yang sebaris denganya yang tidak keterlaluan.

Contoh:

diterima : Kategori Pelajar paling meriah

ditolak : Kategori Pelajar yang &*%^&&*

Idea anda amatlah dialu-alukan. Jangan segan jangan silu..Buat-buat tak malu. Kita untuk kita bukan orang lain pun..:D..wallahu’alam.

UPDATE :: PRE-CONFIRM

Tags

, , ,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

UPDATE berkenaan dinner 3BITM 2008/2009

(Sehingga 28 Mac 2009. )

logo

Tempat : HOTEL RENAISSANCE, MELAKA

Tarikh : 4 MEI 2009 ( ISNIN )

Masa : 6.30 Petang ( bertolak dari pangsapuri )


Perkembangan perjalanan pra-program setakat ini:

Pada 27 Mac 2009, bersama dengan Encik Haziq Lim bin Abdullah dan wakil DIT telah berkunjung ke Hotel Renaissance, Melaka bagi bertemu dengan pengurus hotel. Antara perkara yang dibincangkan :

  • Pengesahan tarikh tempahan bilik jamuan(seperti maklumat diatas), bilangan yang akan hadir (70 orang).
  • Pengesahan menu (Masakan Cina) dan perkara berkaitan.

Setakat ini dengan sokongan melebihi majoriti 2/3, beberapa perkara dipersetuju. Iaitu :

Beberapa perkara masih dalam pertimbangan dan kami perlukan idea daripada anda berkaitan dengan pengisian pada hari tersebut. Setakat ini pengisian yang dicadangkan ialah:

  • Persembahan daripada setiap kumpulan ( G1 & G2 )
  • Anugerah “Individu paling…”
  • Cabutan bertuah?!
  • …………………..

Jika anda ada sebarang cadangan atau pertanyaan, boleh berhubung terus dengan saya melalui apa cara sekalipun..hehe..

Kepada semua, terima kasih kerana memberikan sokongan kepada program untuk jurusan kita. Apa yang telah disampaikan oleh Encik Haziq ada benarnya. Nilai yang kita bayar jika hendak dibandingkan dengan pengalaman nanti memang jauh bezanya. Akhir kata untuk post kali ini, SELAMAT BERJUANG untuk PSM anda!! Wallahu’alam.