Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…
Tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang majlis makan malam yang telah dirancang dan dijalankan dalam kesibukan peperiksaan akhir semester serta pembentangan PSM1. Walaubagaimanapun beberapa persiapan pengisian memerlukan bantuan anda semua. Antaranya:
——————–
SEBELUM MAJLIS
MONTAJ : kepada sesiapa yang belum memberikan gambar mereka kepada AJK, sila berbuat demikian sebelum hari Jumaat ni jam 10 malam. Kerana seperti yang telah anda sedia maklum proses pembikinan montaj memang memerlukan masa yang panjang.
HIASAN TEMPAT : kami memerlukan bantuan tenaga daripada anda bagi menghias tempat majlis kerana masa untuk menghias sungguh terhad.
PERSEMBAHAN : kepada yang masih lagi ingin menymbangkan bakat mereka untuk membuat persembahan, peluang masih dibuka. Tidak terhad kepada nyanyian sahaja.
SEJURUS SEBELUM MAJLIS
KEHADIRAN : Pastikan anda hadir awal. Kalau boleh lepas Maghrib dah sampai. Semangat2!!
UNDI : Anda diminta untuk mengisi kertas undian untuk kategori2 yang disediakan. Undilah untuk mereka yang anda rasa layak.
——————–
Beberapa peringatan:
BAS dari pangsapuri pukul 6 petang 4 Mei 2009 bagi mengelakkan kelambatan. Kepada yang muslim, dinasihatkan supaya berwudhu’ terlebih dahulu.
Terima kasih kerana menjadikan ini satu realiti.. HIDUP BITM!!!
FIRDAUS